Dilea Live Subjek Sejarah Tingkatan 4
9 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mei 2025, telah diadakan Tuisyen Dilea Live subjek Sejarah bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.
Tuisyen Dilea ini dijalankan secara atas talian dan secara percuma kepada pelajar tingkatan 4 yang terpilih oleh pihak Dilea. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar dan ulangkaji mata pelajaran sejarah bersama guru. Selain itu juga, terdapat sesi soal jawab antara pelajar dan guru berkaitan topik pembelajaran tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: